Monday, June 8, 2020

Review basikal : Raleigh touring bike matt

Hai hai hai...
Hari ni aku nk buat sedikit review tentang basikal Raleigh Touring bike Matt ni.. basikal ni milik abg ipar, baru keluar kedai dua hari sebelum review ni ditulis. Kire2 blum habih pantang lagi la... Jom kite tengok advantage or disadvantage basikal ni.

Sebut je jenama Raleigh,ia bukanlah satu jenama asing dlm dunia basikal.satu jenama klasik yg cukup gah daripada England yg telah wujud sejak 1885. Basikal Raleigh terbukti satu jenama yg sngt tahan lasak dan banyak digunakan oleh abg2 posmen satu ketika dulu.



Seiring dgn peredaran zaman, jenama Raleigh kini agak tenggelam dibandingkan dgn jenama2 lain seperti Giant, Merida, polygon, Fuji, Marin dan sebagainya.itu belum dikira beratus lagi basikal jenama dari tanah besar China yg turut menawarkan produk2 yg agak berkualiti..

Aku berpeluang untuk 'test drive' kira2 10km basikal Raleigh touring Matt ni.oleh kerana ni basikal jelajah,aku hanya test di jln onroad shj. Standard kilang basikal ni disertakan dgn mud guard penuh ala2 basikal tentera Jepun attack malaya hehe...Dan turut disediakan carrier dibhgn belakang...dah nama pun touring kan,so ni mmg standard bg basikal jenis ni. Walaubagaimanapun, ketika review ni dibuat, mudguard dgn carrier ni dah dicabut bagi menampilkan ciri2 lebih sporty dan garang..chewah! Dan pada pendapat aku, beskal ni lebih kepada hybrid bike..



Sepanjang test drive ni boleh aku katakan basikal ni agak sturdy dan kemas. Dengan di pacu oleh shifter Shimano acera 3x7 Dan derailleur dpn dan blkg Shimano tourney penukaran gear2 agak lancar tanpa bunyi bising rantai yg ketara (sikit2 tu adalah)..cuma aku agak confuse melalui spesifikasi yg diperolehi dari laman web laz*d*, sepatutnya ia disertakan dgn 24 kelajuan, iaitu 3x8? mungkin yg diiklankan tu basikal sama tp Spek lain kot sbb basikal yg aku test ni dibeli dari kedai basikal biasa.think positive je lah...




Frame basikal ni dibuat daripada aluminium 7005, manakala fork hi ten steel.ini menjadikan berat basikal ni kira2 16kgs(anggaran shj). Kelebihan basikal ni, menggunakan internal cable routing, iaitu cable tersorok didalam frame (balak?) basikal yg berbentuk bulat klasik. Tayar dpn dan blkg bersaiz 700x32c dan sngt sesuai digunakan di jln tar atau jln2 kampung yg agak bergerutu..satu lg kelebihan basikal ni, walaupun touring (biasa nya beskal jelajah org x kayuh laju) tetapi tetap menggunakan brek disk depan dan belakang bagi memperlahankan/menghentikan basikal..

Bagi yg nk nmpk lebih sporty dan laju, aku rasa xde masalah besar bagi korang utk transform basikal ni kpd roadbike..beli shj drop bar handle dan shifter racing, secara otomatik jadi road bike...tp pada pendapat aku yg amatur ni, bg yg bukan kaki racing tak perlu dropbar tu sebab straight handle bar yg disediakan sudah cukup sempurna dan seksi untuk menjadikan basikal ni menjadi basikal hybrid.



Secara kesimpulannya, dgn tanda harga dibawah rm1000, ia masih berbaloi utk dimiliki. Apatah dgn jenama Raleigh yg cukup gah, pastinya aspek kualiti diberi keutamaan oleh kilang pengeluar. Satu yg paling aku suka, hanya dgn mencabut mudguard dan carrier, dah cukup utk basikal ni berubah dari jenis touring kepada hybrid bike..semudah plug n play shj, anda dpt kedua-dua basikal ni dalam satu..2 in 1.. x perlu utk bazir duit utk beli dua biji basikal sbb satu ni dh memadai utk tapaw kedua-duanya. Kelemahan plk mgkin penggunaan derailleur tourney terlalu basic utk basikal ni, mgkn deore/altus lebih sesuai kot(harga pasti naik sikit kot)..selain itu, pilihan warna yang terhad dan skema warna yg kurang menyerlah pd frame menampakkan basikal ni sedikit tua dan sukar utk menarik peminat-peminat baru,tapi bagi yg diambang umur 40an dan keatas mcm aku apa ada hal kan hehe...

Ok lah... cukup sini review aku utk basikal Raleigh touring Matt ni...chiow!