Wednesday, April 21, 2021

hiking pulak..bukit kolam, raub 522m

 pada 11/4/2021, dua hari sebelum puasa, aku sempat menyertai satu aktiviti hiking yg dianjurkan oleh tempat kerja aku..puncak yang perlu ditawan adalah bukit kolam, raub yang berketinggian 522m..pada yg belum tau, bukit kolam ni x boleh main redah je pnjt, sbb dlm kawasan hutan simpan dan memerlukan permit dari jabatan hutan baru boleh panjat tau.

bukit kolam ni terletak di kawasan rotan tunggal, raub dan pintu masuk untuk pendakian adalah di pej hutan daerah raub itu sendiri..

seawal pukul 7.30pg, kami dah berkumpul untuk urusan formaliti , lagi2 zaman covid19 ni, kena buat pendaftaran, cek suhu dan taklimat keselamatan oleh malim gunung yang dilantik sebelum panjat. aktiviti regangan turut dilakukan bagi memastikan badan fit sebelum aktiviti hiking.

Bergambar sblm mendaki


kami yang seramai 20 org peserta ni memulakan pendakian kira2 pukul 8.30pagi. terdapat 4 checkpoint yang telah ditetapkan oleh pihak malim untuk berhenti rehat di sepanjang pendakian dan sekali berhenti akan ambik masa 10-15 minit...

Pokok tongkat ali yg tumbuh meliar


sepanjang pendakian, pelbagai jenis tumbuhan dapat dilihat, termasuk pokok tongkat ali yang tumbuh liar dan pokok periuk kera...dan paling syok kat area puncak bukit tu ada bnyk pokok yg btg nya berwarna merah ala2 mossy forest cameron Highland..

Puncak bkt kolam

Pokok btg merah mcm mossy forest

Berlatar blkg bndr Raub dari puncak


Pokok periuk kera


kami sampai dipuncak bukit kolam pada pukul 10.00 pagi.kira2 satu jam setengah dari starting point dengan pace yang perlahan. ini kerana ramai antara peserta yang kali pertama menyertai aktiviti hiking dan ramai yang pancit wal sbb trek dia dari awal sampai akhir mendaki, hampir tiada jalan mendatar...

kami amik masa kira2 sejam di puncak untuk sesi bergambar dan berehat sambil melihat keindahan bandar raub dari atas. 

kami bergerak turun kire2 pukul 12 tgh...

perjalanan turun agak mudah berbanding menaik. kami sampai semula di starting point kira2 pukul 1.00 tengah hari..sampai je bawah, nasik dan air dah tersedia untuk kami yang kelaparan haha.. jarak perjalanan pergi balik untk aktiviti mendaki ni kira2 4.6km bagi ketinggian 522m, kira2 2.3km sehala.


kesimpulannya, pada aku bukit kolam ni bukanlah terlalu mencabar, tp bukan jgk terlalu senang...mungkin dari 5 bintang, aku bagi 2 bintang darjah kesukaran dia.mmg trek dia agak mendaki dari awal tapi tahap kecerunan dia mungkin cuma 40-45 darjah shja...dan sngat sesuai bagi beginner yang baru nak cuba aktiviti mendaki ni.

Tuesday, April 20, 2021

SOLO RIDE KE FELDA LURAH BILUT...



hai assalamualaikum....

27 mac 2021....kali ni aku nk cerita tentang solo ride aku yg paling jauh setakat ni, dari raub ke felda lurah bilut, bentong...sebenarnya takde la jauh mana, cuma 22km lebih je, pergi balik dapat la dlm 45 km.

sepanjang jalan ni, xde la mencabar mana, cuma ada dua bukit yang perlu didaki, yang lain lain cuma laluan mendatar sahaja. yang best nye jln ni, bahu jalan dia agak luas bertar, jadi rasa selamat la sikit kalau berselisih dengan lori2...cuma oleh kerana laluan ni agak lurus, banyak kenderaan dipandu agak laju...





aku bergerak dari rumah kira2 pukul 9 pagi, dan sampai ke pintu gerbang bilut lbh kurang pukul 10.15 pagi.xde lah jauh mana, tu pun kayuh santai-santai aje tapi non stop...

pas sampai kat pintu gerbang mercu tanda Lembah Digital Bilut, aku meluangkan masa kira2 15 minit utk bergambar kenangan kat situ.

laluan balik agak perlahan sebab jalan yg agak mendaki dari bentong ke raub...dan bnyk gak tmpt yang aku singgah untuk bergambar...sempat jugak singgah beli nangka madu yang banyak dijual digerai tepi2 jalan di kawasan bilut ni...



oleh kerana masih dlm tempoh pkpp, x bnyk sngt kenderaann atas jalan, mungkin sbb kenderaan dari negeri lain agak kurang yg masuk raub, jadi perjalanan aku hari tu agak nyaman la jugak..

ok, jumpa  lagi lain masa, bye...