Monday, October 17, 2022

FUN RIDE SEMPENA LTDL 2022

 Assalamualaikum korang semua..

masih berkayuh??? tahniah korang...

12.10.2022 aku ada sertai satu funride sempena LTDL sejauh 40km dari bandar raub-dong-bukit pampong-ulu gali dan kembali ke raub. ini adalah acara sampingan bagi meraikan LTDL peringkat kedua dari kuala klawang negeri sembilan dan berakhir di raub.

walaupun funride ni diadakan pada hari kerja (rabu) namun masih mampu menarik hampir 150 org rider...hahaha nak tau kenapa? sbb funride ni percuma! diulang...percuma! dan bkn shj percuma, baju dan medal juga disediakan kpd semua finisher....dan nk tambah best lagi, ada cabutan bertuah hampir 100 hadiah disediakan...yg mana hadiah utama adalah basikal mtb jenama gomax berharga rm850.00..jadilah kan, benda free, xkan nak bagi jenama cannondale plk kan...

pelepasan dilakukan tepat jam 9.00pg, disaat hujan tengah mencurah....tp smngt kntal rider2 semua aku salute, xde sorang pun tarik diri walau hujan lebat kat starting point...alhamdulillah, selepas berkayuh lebih kurang setengah jam hujan berenti dan cuaca ok smpai ke penamat...dan di km 20, ada 1 water point dkt dwn serbaguna kg bkt pampong...terbaek lah!

funride kali ni, aku mulanya nak kayuh foldie bike lavia yg abaru aku beli awal ahun dulu tp masih belum rasmi lagi...tapi memandangkan ramai shbt bgtau ada kawasan yg agak berbukit, jadi aku batalkan hasrat nk kayuh foldie..si basikal hybrid aku yg biasa bwk plk terdapat masalah teknikal yg aku x smpt nak buat sblum hari funride tu..(tayar merekah)...jadi rasa macam x selamat nk bwk, takut pancit tngh jln... jadi jiran akan shbt aku offer basikal mtb dia, promaster 27.5 bernadikan 3x9 deore XT utk aku bwk...sbb kebetulan dia ada kerja luar dan x dpt join ride kali ni...

kesimpulannya, funride kali ni sngt2 berjaya apatah lagi ni funride pertama yg dianjurkan secara rasmi selepas 2 tahun beku sbb covid 19...dan sprti biaa, bab cabutan bertuah dapat la aku hadiah hamper paling kecik untuk dibawa pulang hahaha.. oklah, babai semua, sblum tu jom layan gambar2 dibawah...

bersama rakan khairul azwan 

beskal mtb pinjam, tp x mengecewakan

sblum ltdl lalu, kita rasmi dulu finishing line

medal biasa2 jer, tp berbaloi sbb free

ride in action

ada logo ltdl jika tngok medal dari dekat

waktu starting, dah kuyup masa ni

penamat, sambil tunggu cabutan bertuah

t-shirt free yg lawo

ni geng pecut ni...

starting point


No comments:

Post a Comment