tapi bulan 12 ni jugak beberapa aktiviti kayuhan tak dapat dibuat sebab masalah cuaca...satu lagi,tayar basikal aku yg pancit pd hujung bln lepas pun masih belum di ganti..
Pancit setelah terkena batu2 tajam |
namun, pada 1/12/2019, aku berkesempatan menyertai acara fun run sejauh 10km...ada 3 kategori yg disediakan oleh pihak penganjur, kementerian kesihatan (KKM) iaitu 17km trail run, 10 km fun run dan 5 km fun run....
jadi utk red ribbon run ni, aku cuma menyertai fun run 10km sebagai acara run penutup tahun ni. nak masuk 5km, mcm dah biasa sangat, nak sertai 17km rasa belum bersedia, apatah lagi ia adalah acara race, jadi 10km jadi pilihan.
Peta laluan 10km |
pada tarikh yang sama jugak, ada fun ride iaitu golden ride sejauh 108km,dari bentong-raub -bentong, yang start dan finish ditempat yang sama...tapi aku tak join sbb agak jauh dan belum bersedia sepenuhnya dari aspek fizikal dan mental serta masih was was dgn keupayaan dan ketahan lasakan basikal murah aku tu hehe...
Senamrobik acara wajib |
pelepasan fun run 10km dan 5km dibuat serentak pada jam 8.00pagi, kira2 setengah jam selepas peserta acara trail run dilepaskan.sementara tunggu start tu,mcm biasa acara senamrobik diadakan. bagi acara 10km, tak ramai yang menyertai, ikut pengamatan aku mungkin dalam 50org peserta, dan 5km agak ramai dalam 400 org kot...
Starting point tngh kosong slps acara 17km dilepaskan |
laluan yg dipilih juga agak menarik, iaitu melalui jalan besar dan kemudian masuk ke jalan menghala ke air terjun chamang. jadi laluan nya agk redup dan boleh mengurangkan keletihan, dan 2 water station juga membantu untuk menghilangkan dehidrasi. hampir 3km ke air terjun chamang, terdapat water station terakhir dan peserta fun run 10 km kena u-turn untuk kembali ke starting point di dataran bentong melalui jalan "dalam".
Catatan masa 'tak rasmi' hehe |
sampai je finishing line, peserta diberi makn 3 cucuk sate, 1 apam blik beserta segelas air cendol...aku berjaya menamatkan larian sekitar 1jam 17 minit 35 saat mengikut catatan tak rasmi berdasarkan jam tangan sebab app strava aku kehilangan signal di pertengahan larian....ini dah kali ke2 app starva aku hilang signal, dan aku mula rasa menyampah dgn app ni...nak cri app baru, sayang pulak dgn rekod2 yg pernah aku buat dgn strava ni hehe......
In action! |
Medal kali ini |
dan yang paling menarik, no. bib aku naik untuk cabutan bertuah, berupa sebuah penimbang berat digital.....
No bib dpt cabutan bertuah |
Ni hadiah lucky draw..syukur ! |
bermula tahun 2020 tahun depan, aku akan "upgrade" ke kategori lain iaitu kategori veteran....sbb umur dah mencecah 40an, so ini adalah larian terakhir bagi kategori open...veteran pun veteran laaaa..yg penting stamina dan keinginan masih kuat untuk terus kekal cergas , tak kiralah berlari ataupun berkayuh basikal....
No comments:
Post a Comment