pada 13.10.2019 sempena bulan sukan negara peringkat daerah raub, acara ini turut diadakan selain acara trail run dan acara sukaneka lain....
Starting point |
bertempat di uitm kampus raub yang dipilih sbgai tuan rumah pelancaran bulan sukan negara, penyertaan bagi acara fun run dan trail run ni amat menggalakkan....aku sebenarnya berbelah bahagi sama ada nak sertai trail run atau fun ride, tapi disebabkan trail run menggunakan laluan yang sama seperti yg dianjurkan sempena sambutan bulan kemerdekaan dulu, aku decide untuk sertai fun ride, apatah lagi acara fun ride ni jarang2 diadakan di raub berbanding fun run...
Gmbr sblum pelepasan,aku kat kanan atas basikal skli hehe |
Peta laluan fun ride 20km |
ni jugak kali pertama aku guna roadbike untuk fun ride, sbb 2 kali fun ride yg aku sertai sblum ini anjuran hospital raub dan kelab basikal reborn raub, aku hanya guna mtb folding bike je...so aku terpaksa berkayuh seawal 7.00 pagi untuk ke uitm raub sejauh kira2 9 km dari rumah, sbb road bike ni takleh muat nak masuk keta aku yang comel tu....dan untuk balik pun terpaksa la kayuh 9km lagi di tengah2 hari buta slps abih event...
Acara wajib..senamrobik,tp aku x join pun |
Catatan masa dan jarak rasmi yg aku dpt |
pelepasan utk event fun ride kira2 pukul 8.40pagi..mengikut laluan yang diberi jarak kayuhan adalah sejauh 20 km... penyertaan adalah percuma dan medal hanya diberi untuk 20 peserta terawal yg sampai garisan penamat...sedangkan jangkaan aku peserta fun ride kali ni sekitar 100-150 orang.
oleh sebab medal hanya 20 terawal yg dapat, fun ride yang sepatutnya santai2 dah jadi macam satu perlumbaan...masing2 memecut laju basikal mahal masing2..inilah kali pertama sepanjang 3 fun ride yang aku sertai, fun ride yang seakan2 satu perlumbaan.... aku seperti biasa, mmg bukan kaki lumba dan mmg ride untuk santai je, so tak kisah pun dapat ke x medal tu... cuma terkilan sbb kali ni, petugas2( marshall) yang jaga laluan sangat kurang, terutama di simpang2 jln, malah ada peserta yang belakang dan perlahan menggunakan jalan pintas untuk sampai ke penamat awal sbb tiada yg jaga checkpoint, sehingga ada peserta tersebut yg dapat medal sbb guna jalan lain yang lebih dekat berbanding laluan sebenar...
acara terakhir, mcm biasa diadakan cabutan bertuah untuk peserta trail run, fun run dan acara2 lain pada hari itu...dan mcm biasalah, malas nk cerita bab2 cabutan bertuah ni, mmg suwey hahaha....
Duduk dgn member yg bertugas utk pameran sambil tggu cabutan bertuah lps habis ride |
aku berjaya menamatkan funride kali ni dgn masa 47minit 58 saat, dan jarak yang aku perolehi melalui strava adalah18.15km, bukan 20 km seperti yg dimaklumkan penganjur...
tapi aku cukup berpuashati dgn laluan yang dipilih sbb ada laluan mendaki yg agak mencabar di bukit berdekatan kubur cina tmn amalina, yang aku belum pernah try sblum ni. bagi aku, beberapa kelemahan penganjur bolehlah dimaafkan, memandangkan acara ini sangat jarang diadakan di raub..
andai aspek keselamatan dan jumlah marshall bertugas ditingkatkan,jarak yg lebih jauh sekitar 30km dan peserta2 yg lebih "jujur" dgn laluan yg disediakan penganjur, pasti acara ini lebih fun....
No comments:
Post a Comment