Sunday, August 16, 2020

kegilaan baru..... aktiviti bebasikal

 pandemik covid19 betul-betul mengubah cara hidup kita. kini pemakaian mask boleh dianggap sesuatu yang wajib dan ketidakpatuhan terhadap norma baharu ini boleh menyebabkan kita di kompaun dalam sesetengah keadaan.

tapi hr ni, aku bukan nak cerita tentang penyakit yang belum ada vaksin secara rasmi, tetapi tentang kegilaan baru masyarakat malaysia sejak kelonggaran diberi setelah tamat tempoh pkp dan pkpb pada bulan jun 2020 yang lalu.

secara tiba2, aktiviti berbasikal kini menjadi trending....jika dahulu  ketika aku berkayuh santai, mungkin berselisih dengan 2 atau 3 org yang hobi berbasikal..tapi kini agak ramai. tak kira sama ada kayuhan berkumpulan atau solo, minat berbasikal semakin mendapat tempat dihati rakyat malaysia termasuk daerah keil seperti di raub ni.

pada aku, ini adalah satu perkara yang sihat...hanya aku bimbang ini hanya kegilaan bermusim...apatah lagi ketika ini artis-artis tekenal tanah air turut sama berbasikal dan memasukkan aktiviti riadah ini dalam medsos mereka... janna nick, nabila razali, zizan razak, hairul azreen, hawa rizwana, shahnaz ahmad, datok'ct nurhaliza seringkali upload kegiatan berbasikal mereka di medsos. ini sedikit sebanyak menarik minat peminat2 mereka untuk turut sama berbasikal...tetapi, dalam mengikut trend ini, jangan pula kita berlebih-lebihan dalam membeli basikal seperti golongan artis yang pastinya berduit ni....beli sekadar ikut kemampuan dan keperluan sahaja....jika wheelset basikal sahaja dah mencecah rm25000 seperti dato' ct, kita cukuplah sekadar pakai yang standard "kilang" shj, lainlah jika memang anda seorg hartawan juga.

aku masih selesa mengayuh basikal aku yang berharga kurang rm1000 ini, dan basikal yang aku beli sejak tahun 2018 ni masih dalam kondisi yang baik dan tak pernah rosak, kecuali tayar je pernah pancit. jgn la kita terlalu mengikut trend berbasikal, tetapi jika  dah habis musim berbasikal nanti, basikal hanya akan jadi tukun di rumah...atau selepas musim akan banyak jualan lambak basikal-basikal 2nd hand...dgn alasan dah pencen mengayuh!

bagi aku, tak ada istilah pencen mengayuh....jualan pencen hanya jika aku ditimpa kecederaan dan doktor menasihatkan tak boleh berbasikal, barulah betul2 pencen...setakat musim basikal habis dan golongan artis beralih ke hobi lain, bukan pencen namanye...itu cuma berbasikal ikut-ikutan...tapi aku rasa detik tu akan tiba, bersedialah utk tengok jualan lambak basikal terpakai 2-3  bulan dari skrg hehe...


No comments:

Post a Comment