assalamualaikum
agak lama Mr JJ x mencoret sepatah kata di sini...kesibukan kije dan tugas2 seharian membataskan segalanya.
kali ni aku nak story ttg satu kegilaan baru yang aku baru je ceburi....HIKING!
mmg hiking ni tak pernah termasuk dalam list minat, tapi ntah kenapa akhir2 ni macam best plak.ni semua bermula apabila aku bersama 3 org lagi rakan sekerja diarah oleh bos untuk bersedia mengiringi Ketua pengarah untuk mendaki gunung berembun cameron highland pada 11-12 Disember 2020.
jadi, bermulalah latihan mendaki untuk dapatkan feel hiking tu..buat permulaan, kami berempat cuma mendaki 2 bukit yg tak la tggi mana di bentong iaitu Bukit Desa Damai dan Bukit D.O. Kami mendaki kedua2 bukit ni dalam satu hari iaitu pada bulan November lalu. Ketinggian Bukit Desa damai ni cuma 189m manakala bukit D.O 239m shj..cukupla untuk beginner mcm aku.
Bukit desa Damai
Bukit di terletak di blkg tmn desa damai, mmg jadi tumpuan org ramai untuk hiking..kami tiba di kaki bukit kira2 pukul 7.30pagi, dah penuh kereta para pendaki park kat situ. bukit ni ramai nak daki pagi2 sbb view puncak yg sangat cantik... pendakian pun tak susah kerana hanya mengikut jalan tanah yang telah dibuat oleh peduduk sini...tak pyh lalu semak samun... masa pendakian lebih kurang 30 minit shj untuk sampai puncak..di puncak, kita dapat tengok karpet putih, iaitu kabus pagi yang menyeliputi kawasan sekitar...kalau pnjt lwt, kabus dah takde laaa....
Bukit D.O
Bukit ni lebih tnggi dari bukit desa damai, dan pendakian agak chalenging sbb kena lalui denai2 dan agak pacak di sesetengah kawasan. Pendakian memakan masa kira2 45 minit bagi slow speed...oleh kerana melalui kawasan hutan, kena hati2 sbb banyk akar2 pokok dan haiwan berbisa seperti ular...view di atas , kita boleh nmpak bandar bentong dari puncak..dah sekiranya naik diwaktu pagi, kita boleh nmpk sunrise di celah2 banjaran titiwangsa dan sunset diwaktu senja.
kami turun setelah menghabihkan masa kira2 15 minit untuk bergambar bagi mengabadikan kenangan dipuncak...jln turun lebih landai sbb jln turun dan naik adalah berbeza...
tepat pukul 12 tngh hari, dlm perjalanan balik, kami singgah di kedai makan paling glamer di bentong, Lemang To' Ki....1 set lemang dan rendang berharga Rm5.50 cukup untuk kembalikan tenaga kami mendaki hari ni...
No comments:
Post a Comment