Sunday, December 8, 2019

RED RIBBON RUN 2019 BENTONG-larian terakhir kategori open...

Bulan 12, bulan yang cukup dinanti oleh mak mak ayah, termasuk Mr. JJ sekali...bulan rehat dari tugas menghantar dan menjemput anak sekolah, iaitu sekolah pagi dan kafa di waktu petang...
tapi bulan 12 ni jugak beberapa aktiviti kayuhan tak dapat dibuat sebab masalah cuaca...satu lagi,tayar basikal aku yg pancit pd hujung bln lepas pun masih belum di ganti..
Pancit setelah terkena batu2 tajam

namun, pada 1/12/2019, aku berkesempatan menyertai acara fun run sejauh 10km...ada 3 kategori yg disediakan oleh pihak penganjur, kementerian kesihatan (KKM) iaitu 17km trail run, 10 km fun run dan 5 km fun run....
jadi utk red ribbon run ni, aku cuma menyertai fun run 10km sebagai acara run penutup tahun ni. nak masuk 5km, mcm dah biasa sangat, nak sertai 17km rasa belum bersedia, apatah lagi ia adalah acara race, jadi 10km jadi pilihan.

Peta laluan 10km

pada tarikh yang sama jugak, ada fun ride iaitu golden ride sejauh 108km,dari bentong-raub -bentong, yang start dan finish ditempat yang sama...tapi aku tak join sbb agak jauh dan belum bersedia sepenuhnya dari aspek fizikal dan mental serta masih was was dgn  keupayaan dan ketahan lasakan basikal murah aku tu hehe...
Senamrobik acara wajib

pelepasan fun run 10km dan 5km dibuat serentak pada jam 8.00pagi, kira2 setengah jam selepas peserta acara trail run dilepaskan.sementara tunggu start tu,mcm biasa acara senamrobik diadakan. bagi acara 10km, tak ramai yang menyertai, ikut pengamatan aku mungkin dalam 50org peserta, dan 5km agak ramai dalam 400 org kot...
Starting point tngh kosong slps acara 17km dilepaskan


laluan yg dipilih juga agak menarik, iaitu melalui jalan besar dan kemudian masuk ke jalan menghala ke air terjun chamang. jadi laluan nya agk redup dan boleh mengurangkan keletihan, dan 2 water station juga membantu untuk menghilangkan dehidrasi. hampir 3km ke air terjun chamang, terdapat water station terakhir dan peserta fun run 10 km kena u-turn untuk kembali ke starting point di dataran bentong melalui jalan "dalam".
Catatan masa 'tak rasmi' hehe

sampai je finishing line, peserta diberi makn 3 cucuk sate, 1 apam blik beserta segelas air cendol...aku berjaya menamatkan larian sekitar 1jam 17 minit 35 saat mengikut catatan tak rasmi berdasarkan jam tangan sebab app strava aku kehilangan signal di pertengahan larian....ini dah kali ke2 app starva aku hilang signal, dan aku mula rasa menyampah dgn app ni...nak cri app baru, sayang pulak dgn rekod2 yg pernah aku buat dgn strava ni hehe......
In action!

Medal kali ini

dan yang paling menarik, no. bib aku naik untuk cabutan bertuah, berupa sebuah penimbang berat digital.....

No bib dpt cabutan bertuah

Ni hadiah lucky draw..syukur !


bermula tahun 2020 tahun depan, aku akan "upgrade" ke kategori lain iaitu kategori veteran....sbb umur dah mencecah 40an, so ini adalah larian terakhir bagi kategori open...veteran pun veteran laaaa..yg penting stamina dan keinginan masih kuat untuk terus kekal cergas , tak kiralah berlari ataupun berkayuh basikal....

Sunday, October 13, 2019

akhirnya....fun ride di raub sempena bulan sukan negara 2019

setelah beberapa post Mr JJ membebel kerana kurangnya aktiviti fun ride di raub, akhirnya
pada 13.10.2019 sempena bulan sukan negara peringkat daerah raub, acara ini turut diadakan selain acara trail run dan acara sukaneka lain....

Starting point


bertempat di uitm kampus raub yang dipilih sbgai tuan rumah pelancaran bulan sukan negara, penyertaan bagi acara fun run dan trail run ni amat menggalakkan....aku sebenarnya berbelah bahagi sama ada nak sertai trail run atau fun ride, tapi disebabkan trail run menggunakan laluan yang sama seperti yg dianjurkan sempena sambutan bulan kemerdekaan dulu, aku decide untuk sertai fun ride, apatah lagi acara fun ride ni jarang2 diadakan di raub berbanding fun run...
Gmbr sblum pelepasan,aku kat kanan atas basikal skli hehe

Peta laluan fun ride 20km


ni jugak kali pertama aku guna roadbike untuk fun ride, sbb 2 kali fun ride yg aku sertai sblum ini anjuran hospital raub dan kelab basikal reborn raub, aku hanya guna mtb folding bike je...so aku terpaksa berkayuh seawal 7.00 pagi untuk ke uitm raub sejauh kira2 9 km dari rumah, sbb road bike ni takleh muat nak masuk keta aku yang comel tu....dan untuk balik pun terpaksa la kayuh 9km lagi di tengah2 hari buta slps abih event...

Acara wajib..senamrobik,tp aku x join pun

Catatan masa dan jarak rasmi yg aku dpt


pelepasan utk event fun ride kira2 pukul 8.40pagi..mengikut laluan yang diberi jarak kayuhan adalah sejauh 20 km... penyertaan adalah percuma dan medal hanya diberi untuk 20 peserta terawal yg sampai garisan penamat...sedangkan jangkaan aku peserta fun ride kali ni sekitar 100-150 orang.
oleh sebab medal hanya 20 terawal yg dapat, fun ride yang sepatutnya santai2 dah jadi macam satu perlumbaan...masing2 memecut laju basikal mahal masing2..inilah kali pertama sepanjang 3 fun ride yang aku sertai, fun ride yang seakan2 satu perlumbaan.... aku seperti biasa, mmg bukan kaki lumba dan mmg ride untuk santai je, so tak kisah pun dapat ke x medal tu... cuma terkilan sbb kali ni, petugas2( marshall) yang jaga laluan sangat kurang, terutama di simpang2 jln, malah ada peserta yang belakang dan perlahan menggunakan jalan pintas untuk sampai ke penamat awal sbb tiada yg jaga checkpoint, sehingga ada peserta tersebut yg dapat medal sbb guna jalan lain yang lebih dekat berbanding laluan sebenar...

acara terakhir, mcm biasa diadakan cabutan bertuah untuk peserta trail run, fun run dan acara2 lain pada hari itu...dan mcm biasalah, malas nk cerita bab2 cabutan bertuah ni, mmg suwey hahaha....

Duduk dgn member yg bertugas utk pameran sambil tggu cabutan bertuah lps habis ride

aku berjaya menamatkan funride kali ni dgn masa 47minit 58 saat, dan jarak yang aku perolehi melalui strava adalah18.15km, bukan 20 km seperti yg dimaklumkan penganjur...
tapi aku cukup berpuashati dgn laluan yang dipilih sbb ada laluan mendaki yg agak mencabar di bukit berdekatan kubur cina tmn amalina, yang aku belum pernah try sblum ni. bagi aku, beberapa kelemahan penganjur bolehlah dimaafkan, memandangkan acara ini sangat jarang diadakan di raub..
andai aspek keselamatan dan jumlah marshall bertugas ditingkatkan,jarak yg lebih jauh sekitar 30km dan peserta2 yg lebih "jujur" dgn laluan yg disediakan penganjur,  pasti acara ini lebih fun....

Red run fun run

Laluan yg paling fun....itu yg dpt Mr JJ katakan pada Redrun fun run anjuran Redone Communication ni...

5/10/2019, skli lagi aku join fun run di temerloh...apa yg best kali ni laluan yg dipilih agak landai..bleh dikatakn tiada langsung larian mendaki...jarak yg diberi plak tepat sprti yg diiklankan..mmg 5km tepat...pandai betul organiser ni pilih route!

Seperti biasa, aku berlari dgn adik aku,Lan.. Dgn laluan yg agak mudah, aku dpt kekalkan pace yg hampir sama setiap kilometer...teknik slow jog yg dipelajari di facebook betul2 membantu larian aku kali ni...
Bersama ustaz ramdan, dpt no.2 walaupun umur dh 45..power ustaz..



Medal yg unik

Laluan yg betul2 fun

Aku anggarkan jumlah peserta redrun ni sekitar 500 org..x seramai peserta patin run atau opfr fun run sblum ni...tp baju yg diberi adalah yg paling lawa yg pernah aku dpt dan material yg diguna pun selesa utk berlari atau bersukan...

Mewah jgk lucky draw,tp selalu xde luck

Cabutan bertuah sprti biasa adalah acara penutup bg mana2 event larian, dan malas nk citer la, mmg tak naik pun no. aku tu...

Bln 12 nnti aku memberanikan diri utk mendaftar untuk fun run 10 km smpna karnival koi nak sihat daerah bentong...so kna start training dari skrg sbb ni kali pertama aku nk join 10km...apa2 pon stay tune december 2019!!!


Saturday, September 21, 2019

2/9/2019, Mr JJ sekali lagi berkesempatan berkayuh di Daerah Temerloh, Pahang. Kali ni aku menggunakan basikal MTB Giant Talon 3 27.5 yg agak ringan dan power...

Target kayuhan plk dari Taman Perindu ke taman industri mentakab melalui jln bypass mentakab - temerloh...laluan ni saje dipilih sbb ianya lurus dan kurang kereta berbnding jln utama temerloh - mentakab. Cuma kontranya plk, laluan ni agak panas sbb tiada pokok brhampiran jln dan kenderaan yg lalu disini plk agak laju...

Hentian pertama aku adalah smk seri tualang, satu sekolah menengah  asrama penuh yg elit di daerah temerloh...zaman aku sekolah dulu sekolah sri tualang ni tak wujud lagi...





Perjalanan diteruskan lg ke tmn industri temerloh yg terletak di mentakab. Saje aku pilih lokasi ni sbb mengikut sejarahnya,aku pernah ada memori di sini...aku pernah bekerja di satu kilang perabot Green River Wood tapi tak lama..2 minggu je... Kije kilang ni agak mencabar dan memenatkan sbb kena mengangkat kayu2 yg agak berat untuk dibuat meja makan...mmg x prlu gi gym dah...


Hadapan kilang green river wood mentakab



Kayuhan pulang plk aku dh tak singgah mana2 dah sbb matahari dah terik...dah pkl 11 lebih...mgkin ada masa lenkali aku brkayuh lg di temerloh, meninjau ke lokasi lain plk.

Saturday, August 24, 2019

Ur Merdeka Trail Run 2019

Pada jumaat 2/8/2019, Mr JJ telah menyertai 1 acara trail run yg dianjurkan oleh pihak uitm raub sempena menyambut bulan kemerdekaan ni. Acara ni disertai oleh pelajar2 uitm sendiri dan turut disertai oleh jabatan2 luar sebagai peserta jemputan... Oleh sbb tu, pejabat kami hantar seramai 6 org peserta bg menyertai acara ni dan tiada yuran penyertaan dikenakan. Syarat lain adalah baju yg dipakai mesti dari warna bendera malaysia iaitu merah putih kuning atau biru..

 6 org peserta, sorg xde sbb jd cameraman


cabutan bertuah dpt hamper


Member sdg beraksi


Ini adalah kali pertama aku join trail run..sbnrnya jarak yg diiklankan hanya 6km tp jrk sbnr adalah 7km++...dan hnya 50% shja melalui trail manakala 50% lg onroad..
peta larian

Pelepasan larian dibuat pd jam 8.00 pagi...cuaca yg kurang panas membantu utk aku buat full run sampai ke finish line.

Bagi aku, daerah raub ni agak ketinggalan dlm membuat acara run seperti ini. Untuk dptkn setahun sekali pun agak susah jika dibandingkan dgn daerah kuantan atau temerloh yg agak aktif... Acara funride pun jarang diadakan...

Friday, August 2, 2019

Temerloh..titik tengah semenanjung

Mr JJ buat julung2 kali buat kayuhan di daerah tanah tumpah darah aku...Temerloh!

Banyak kisah antara aku dan temerloh..dulu pernah berbasikal gi sekolah dari rumah ke SMK Abu Bakar lbh kurang 3km jaraknya.. Di sini jgk aku pakai beskal MTB pertama yg dibeli smsa umur 14 tahun, malangnya basikal tu kena curi masa aku lepas spm..tahun 1998. Aku keje kat satu supermarket di plaza temerloh smntra tggu result spm..satu hari tu ms aku nk balik kije, tengok2 basikal aku dah lesap kena curi....hmmm...



Balik kg baru2 ni, aku berkayuh sekitar bukit angin, tmn perindu dan balai polis temerloh IPD yg baru tu...tak dpt nk ride jauh sbb x cukup masa...cukupla skjp skdr nk menggamit memori zaman sekolah menengah disini... Insya Allah kalo ada masa aku nk ride lg di sini dgn jrk yg lbh jauh..

Tuesday, July 30, 2019

Community fun run

Pd 28/7/2019, Mr JJ berkesempatan menyertai community fun run anjuran kolej komuniti temerloh sejauh 6km. Jumlah peserta adalah lbh kurang 500 org kot...tp masih kurang jika nk bnding dgn jumlah peserta opfr fun run dulu. Apa yg menarik kali ni adalah walaupun jrk hanya 6km, tp hmpir 70% laluan adalah mendaki...1 lg, laluan yg melalui kawasan kampung chatin menggamit kenangan aku sbb aku pernah duduk sini smsa darjah 1 hingga tingkatan 1..jd betul2 mggamit memori..


Target aku pada larian kali ni ada pace di bawah 7 minit tp disebabkan laluannya yg banyak mendaki, aku terlajak beberapa saat dari target pace tu...walaubagaimanapun, aku ttp berpuashati sbb dpt buat beberapa rekod baru bagi jarak 1km, 2km dan 1 mile.


Medal yg diberikan jgk agak cantik, berbentuk bangunan utama kolej komuniti temerloh itu sendiri. Yang tak cantiknya cuma aku masih malang pd acara cabutan bertuah hehehe...



Aku harap acara ni jd acara tahunan, sbb mgkin tahun dpn aku boleh beat catatan masa utk tahun ni jika laluan tak bertukar..ataupun tambah utk acara fun ride plk, msti lbh menarik...

Tuesday, July 16, 2019

Basuh basikal

Dah lama x update xtvt kayuhan, bkn dh berenti kayuh tp sbb jarak kayuhan yg dkt dan laluan yg sama, so xnk la citer ulang2.

Ahad 14/7/2019... Mr JJ xde ape nk buat kat rumah... So aku belek2 kuda kuning aku yg bnyk berjasa ni... Tetiba2 teringin nk basuh bg lagi bersih... Sbnrnya xdelh kotor mana cuma kesan2 habuk n kotoran cikit2..




Peralatan yg aku guna cuma span, sabun basuh kereta jenama magic 101, besen/baldi dan berus gigi.

Sabun ni agak bagus sbb wash n wax, so xperlu nk wax lps basuh.1 lagi sabun ni tak tinggalkan kesan sabun/air bila basikal dh kering.. Berus gigi plk digunakn utk cuci bhgn celah2 yg x sampai nk cuci dgn span dan untuk berus rantai basikal. Rantai basikal perlu dicuci bg membuang minyak lama pd rantai yg dh dipenuhi habuk yg melekat pd rantai.. Lps siap basuh,aku ltk balik minyak 'singer' bg kelancaran pergerakan rantai.




Akhirnya, siap basuh, lap2 sikit dan kemudian jemur skjp utk keringkn basikal. Mr JJ harap basikal ni mmpu bertahan lama dan berkeadaan baik...


Saturday, June 22, 2019

Fun run di hari raya??

Osteoporosis prevention fun run 2019
(Opfr)

Raya ke-10, Mr.JJ berkesempatan masuk 1 event run anjuran Hospital HOSHAS Temerloh... Mmg dh plan awal utk masuk run ni bg membakor lemak2 hasil lemang2, rendang segala bagai...kali ni adik turut serta berlari...


Peta laluan


Ada 2 kategori,10km & 5km tp aku cuma ambik 5km je...blum bersedia lg utk 10km,mgkn next event. Opfr ni hmpir2 dibatalkan last minit sbb hjn lebat membasahi bumi temerloh sjk tngh mlm...mujur hjn berhenti lbh kurg 7.00pg,klo x akn dibtlkn atas sbb keselamatan..
Masih hujan jam 6.30pg

Larian bermula pkl 7.20 pg bg 10km dan 7.30 pg bg 5km... Berbnding patin run dulu, opfr ni lbh seronok sbb segalanya berjln sngt lancar dan petugas2 yg kbnyknnya staf hoshas sngt2 ceria melayan para peserta...
Starting point


Dpn Smk Abu Bakar..posing asal nmpk kamera

Tamat sudah larian

Medal yg unik

Untuk larian kali ni, jarak yg Mr JJ dpt melalui app strava ialah 5.77km. Pace yg aku dpt plk 7.06minit/km..agak slow berbnding ms patin run..mgkin sbb kurangnya aktiviti fizikal ms bln puasa baru ni.. Dan yg akhir skli,sprti biasa acara lucky draw yg menawarkan hadiah2 hbt sprti handset Oppo, tv led dan bnyk lg..dan sprti biasa jgk, aku tak dpt ape2 hahaha...

Hasil yg diperolehi..beshe2 je

Lps ni nk masuk funride plk, lama dh x brkayuh ramai2 tp acara fun ride ni jrg2 ada kat tmpt Mr JJ...mgkin sbb Raub dan Temerloh ni x seramai Bndr besar mcm kuantan so penganjur kurang nk buat fun ride...
Jumpe lagi next event!