Monday, November 7, 2022

funride fit forever bentong - pertama kali guna folding bike!!!

 sejarah tercipta pada 6.11.2022 yang lalu apabila buat pertama kali aku join funride guna beskal lipat...

kayuhan sejauh 27.5km dari SMK Sulaiman bentong ke Kolam air panas bentong itu jadi medan ujian bagi folding bike lavia tyre 451 tu untuk beraksi, dan ternyata tak mengecewakan!! walaupun tak la semahal foldie org lain, dgn harga lingkungan bwh 1000 ternyata berbaloi untuk kayuhan santai...walaupun body foldie tidak telalu ringan, sekitar 12kg, tp sudah cukup untuk bersaing dgn foldie jenama  terkenal sprti fnhon, java fit, trs maupun brompthorn...chewah...

pelepasan bermula 8.00, pagi, dgn bayaran hanya  rm10.00 setiap peserta akan dapat sehelai baju microfiber, medal dan sedikit kudapan..manakala route yg dipilih sangat2 landai dan sngt2 sesuai dengan foldie..tiada bukit2 dan laluan sepanjang jln lama KL-Karak yg teduh sngt sesuai untuk funride kali ni...cuma kalau bkn funride, kena lebih hati2 sbb ianya bnyk juga dilalui oleh lori2 besar, apatah lagi dilaluan itu ada pembinaan landasan train ecrl dan kebun2 durian, dan jalan itu sendiri agak sempit...cuma bila fun ride yg dieskot polis, rasa lebih terjamin safety nya...

dan ini kali pertama jugak aku join funride di bentong, jadinya beskal lipat adalah lebih mudah untuk dibawa, muat didalam boot sekeil kete myvi aku je...kalau nk bwk mtb atau rb, kena la pasang carrier baru boleh bwk dgn myvi ni..

jadi, cukup tu shj memori yg aku kongsikan akli ni, jom layan2 gambr yg sempat diambil sepanjang program fit forever bentong funride 2022 kali ni...

Monday, October 17, 2022

FUN RIDE SEMPENA LTDL 2022

 Assalamualaikum korang semua..

masih berkayuh??? tahniah korang...

12.10.2022 aku ada sertai satu funride sempena LTDL sejauh 40km dari bandar raub-dong-bukit pampong-ulu gali dan kembali ke raub. ini adalah acara sampingan bagi meraikan LTDL peringkat kedua dari kuala klawang negeri sembilan dan berakhir di raub.

walaupun funride ni diadakan pada hari kerja (rabu) namun masih mampu menarik hampir 150 org rider...hahaha nak tau kenapa? sbb funride ni percuma! diulang...percuma! dan bkn shj percuma, baju dan medal juga disediakan kpd semua finisher....dan nk tambah best lagi, ada cabutan bertuah hampir 100 hadiah disediakan...yg mana hadiah utama adalah basikal mtb jenama gomax berharga rm850.00..jadilah kan, benda free, xkan nak bagi jenama cannondale plk kan...

pelepasan dilakukan tepat jam 9.00pg, disaat hujan tengah mencurah....tp smngt kntal rider2 semua aku salute, xde sorang pun tarik diri walau hujan lebat kat starting point...alhamdulillah, selepas berkayuh lebih kurang setengah jam hujan berenti dan cuaca ok smpai ke penamat...dan di km 20, ada 1 water point dkt dwn serbaguna kg bkt pampong...terbaek lah!

funride kali ni, aku mulanya nak kayuh foldie bike lavia yg abaru aku beli awal ahun dulu tp masih belum rasmi lagi...tapi memandangkan ramai shbt bgtau ada kawasan yg agak berbukit, jadi aku batalkan hasrat nk kayuh foldie..si basikal hybrid aku yg biasa bwk plk terdapat masalah teknikal yg aku x smpt nak buat sblum hari funride tu..(tayar merekah)...jadi rasa macam x selamat nk bwk, takut pancit tngh jln... jadi jiran akan shbt aku offer basikal mtb dia, promaster 27.5 bernadikan 3x9 deore XT utk aku bwk...sbb kebetulan dia ada kerja luar dan x dpt join ride kali ni...

kesimpulannya, funride kali ni sngt2 berjaya apatah lagi ni funride pertama yg dianjurkan secara rasmi selepas 2 tahun beku sbb covid 19...dan sprti biaa, bab cabutan bertuah dapat la aku hadiah hamper paling kecik untuk dibawa pulang hahaha.. oklah, babai semua, sblum tu jom layan gambar2 dibawah...

bersama rakan khairul azwan 

beskal mtb pinjam, tp x mengecewakan

sblum ltdl lalu, kita rasmi dulu finishing line

medal biasa2 jer, tp berbaloi sbb free

ride in action

ada logo ltdl jika tngok medal dari dekat

waktu starting, dah kuyup masa ni

penamat, sambil tunggu cabutan bertuah

t-shirt free yg lawo

ni geng pecut ni...

starting point


Tuesday, December 14, 2021

kayuhan raub - bentong - raub...unplanned!

 hai kaki kayuh...lama x up citer kat sini...

kali ni aku nak citer pasal pengalaman kayuh dari raub ke bentong dan balik semula ke raub..jarak antara dua daerah ni xde lah jauh mana, lebih kurang 37km je. yang menjadi agak challenging adalah ada beberapa tempat yang kite perlu mendaki pada jarak yang agak jauh tp xlah seberapa curam...

segalanya unplanned!

mula2, aku ingat nak kayuh solo je ke felda lurah bilut dari raub....ntah camne bila sampai kat pintu gerbang felda bilut tu, terjumpa plak 2 orang ride dari raub, cikgu abu dgn shbt aku khai... maka bermulalah ajakan diorang ke bentong sbb dah tak jauh mana, dalam 15km je lagi nk sampai bandar bentong..aku memula menolak sbb aku x bwk air spare pun, aku bawak air setengah botol je! duit plk aku standby 10 ringgit je dalam kocek. tapi sbb utama yang buat aku xnk join diorng ke bentong adalah sbb beskal diorang power2 beb...sorang harga rm4k, sorang lagi rm9k...hahahaha beskal aku RM1k pun x smpai...malu weh!

tp sbb beria sngt diorg mengajak, maka aku mengalah, terjoin jgk diorng ke bentong...mmg jauh beza beskal mahal dgn murah ni..tngok diorang pnjt bukit mcm senang jer, padahal aku dah kayuh sepenuh tenaga pun beskal mcm x berapa nk laju...haru betul.

kat bentong diorang ajak plk singgah sarapan kat nasi kerabu kambing...alamak, aku bwk rm10.00 je...mana nak cukup mkn kambing..mujur si khai ni kata xpe, biar dia bayar....lps rehat lbh kurang sejam mkn kerabu kambing, kitorang gerak plg ke kedai basikal polygon, bentong...cikgu abu nak tukar beskal dia punya bottom bracket atau BB..beli BB seramik untuk lebih ummmphh.....aik, beskal dkt 10k pun x sdp lagi ke ngayuh???Harga benda alah tu plk, bkn murah bang.....dkt separuh harga beskal aku huhuhuhuhu...... 

perjalanan balik dari bentong ke raub lebih mencabar jiwa raga dari ride raub ke bentong. sbb kalau dari raub, bnyk laluan menurun, dari bentong plak bnyk laluan mendaki....member sorang ni plak mmg feveret dia mendaki, so setiap kali mendaki ni bertiang2 la aku kena tinggal...tapi x delah tinggal terus...dia tunggu aku yg slow ni kat bawah pokok.mmg geng2 rider xkan tinggal member punya...

aku gerak dari rumah pukul 8.00pagi dan selamat sampai semula ke rumah pukul 2.00 ptg....alhamdulillah selamat pegi n balik...74km done!


Plan asal..bilut je

Plan berubah pas jumpa 2 org ni

Tunggu member bagi laju gerek dia

Masih setia..bnyk memori dh beskal ni

Bandar bentong

Panas lit lit

Terasa kerdil situ


Wednesday, April 21, 2021

hiking pulak..bukit kolam, raub 522m

 pada 11/4/2021, dua hari sebelum puasa, aku sempat menyertai satu aktiviti hiking yg dianjurkan oleh tempat kerja aku..puncak yang perlu ditawan adalah bukit kolam, raub yang berketinggian 522m..pada yg belum tau, bukit kolam ni x boleh main redah je pnjt, sbb dlm kawasan hutan simpan dan memerlukan permit dari jabatan hutan baru boleh panjat tau.

bukit kolam ni terletak di kawasan rotan tunggal, raub dan pintu masuk untuk pendakian adalah di pej hutan daerah raub itu sendiri..

seawal pukul 7.30pg, kami dah berkumpul untuk urusan formaliti , lagi2 zaman covid19 ni, kena buat pendaftaran, cek suhu dan taklimat keselamatan oleh malim gunung yang dilantik sebelum panjat. aktiviti regangan turut dilakukan bagi memastikan badan fit sebelum aktiviti hiking.

Bergambar sblm mendaki


kami yang seramai 20 org peserta ni memulakan pendakian kira2 pukul 8.30pagi. terdapat 4 checkpoint yang telah ditetapkan oleh pihak malim untuk berhenti rehat di sepanjang pendakian dan sekali berhenti akan ambik masa 10-15 minit...

Pokok tongkat ali yg tumbuh meliar


sepanjang pendakian, pelbagai jenis tumbuhan dapat dilihat, termasuk pokok tongkat ali yang tumbuh liar dan pokok periuk kera...dan paling syok kat area puncak bukit tu ada bnyk pokok yg btg nya berwarna merah ala2 mossy forest cameron Highland..

Puncak bkt kolam

Pokok btg merah mcm mossy forest

Berlatar blkg bndr Raub dari puncak


Pokok periuk kera


kami sampai dipuncak bukit kolam pada pukul 10.00 pagi.kira2 satu jam setengah dari starting point dengan pace yang perlahan. ini kerana ramai antara peserta yang kali pertama menyertai aktiviti hiking dan ramai yang pancit wal sbb trek dia dari awal sampai akhir mendaki, hampir tiada jalan mendatar...

kami amik masa kira2 sejam di puncak untuk sesi bergambar dan berehat sambil melihat keindahan bandar raub dari atas. 

kami bergerak turun kire2 pukul 12 tgh...

perjalanan turun agak mudah berbanding menaik. kami sampai semula di starting point kira2 pukul 1.00 tengah hari..sampai je bawah, nasik dan air dah tersedia untuk kami yang kelaparan haha.. jarak perjalanan pergi balik untk aktiviti mendaki ni kira2 4.6km bagi ketinggian 522m, kira2 2.3km sehala.


kesimpulannya, pada aku bukit kolam ni bukanlah terlalu mencabar, tp bukan jgk terlalu senang...mungkin dari 5 bintang, aku bagi 2 bintang darjah kesukaran dia.mmg trek dia agak mendaki dari awal tapi tahap kecerunan dia mungkin cuma 40-45 darjah shja...dan sngat sesuai bagi beginner yang baru nak cuba aktiviti mendaki ni.

Tuesday, April 20, 2021

SOLO RIDE KE FELDA LURAH BILUT...



hai assalamualaikum....

27 mac 2021....kali ni aku nk cerita tentang solo ride aku yg paling jauh setakat ni, dari raub ke felda lurah bilut, bentong...sebenarnya takde la jauh mana, cuma 22km lebih je, pergi balik dapat la dlm 45 km.

sepanjang jalan ni, xde la mencabar mana, cuma ada dua bukit yang perlu didaki, yang lain lain cuma laluan mendatar sahaja. yang best nye jln ni, bahu jalan dia agak luas bertar, jadi rasa selamat la sikit kalau berselisih dengan lori2...cuma oleh kerana laluan ni agak lurus, banyak kenderaan dipandu agak laju...





aku bergerak dari rumah kira2 pukul 9 pagi, dan sampai ke pintu gerbang bilut lbh kurang pukul 10.15 pagi.xde lah jauh mana, tu pun kayuh santai-santai aje tapi non stop...

pas sampai kat pintu gerbang mercu tanda Lembah Digital Bilut, aku meluangkan masa kira2 15 minit utk bergambar kenangan kat situ.

laluan balik agak perlahan sebab jalan yg agak mendaki dari bentong ke raub...dan bnyk gak tmpt yang aku singgah untuk bergambar...sempat jugak singgah beli nangka madu yang banyak dijual digerai tepi2 jalan di kawasan bilut ni...



oleh kerana masih dlm tempoh pkpp, x bnyk sngt kenderaann atas jalan, mungkin sbb kenderaan dari negeri lain agak kurang yg masuk raub, jadi perjalanan aku hari tu agak nyaman la jugak..

ok, jumpa  lagi lain masa, bye...

Tuesday, December 1, 2020

hiking bukit desa damai dan bukit D.o Bentong

assalamualaikum

agak lama Mr JJ x mencoret sepatah kata di sini...kesibukan kije dan tugas2 seharian membataskan segalanya.

kali ni aku nak story ttg satu kegilaan baru yang aku baru je ceburi....HIKING!

mmg hiking ni tak pernah termasuk dalam list minat, tapi ntah kenapa akhir2 ni macam best plak.ni semua bermula apabila aku bersama 3 org lagi rakan sekerja diarah oleh bos untuk bersedia mengiringi Ketua pengarah untuk mendaki gunung berembun cameron highland pada 11-12 Disember 2020.

jadi, bermulalah latihan mendaki untuk dapatkan feel hiking tu..buat permulaan, kami berempat cuma mendaki 2 bukit yg tak la tggi mana di bentong iaitu Bukit Desa Damai dan Bukit D.O. Kami mendaki kedua2 bukit ni dalam satu hari iaitu pada bulan November lalu. Ketinggian Bukit Desa damai ni cuma 189m manakala bukit D.O 239m shj..cukupla untuk beginner mcm aku.

Bukit desa Damai

Bukit di terletak di blkg tmn desa damai, mmg jadi tumpuan org ramai untuk hiking..kami tiba di kaki bukit kira2 pukul 7.30pagi, dah penuh kereta para pendaki park kat situ. bukit ni ramai nak daki pagi2 sbb view puncak yg sangat cantik... pendakian pun tak susah kerana hanya mengikut jalan tanah yang telah dibuat oleh peduduk sini...tak pyh lalu semak samun... masa pendakian lebih kurang 30 minit shj untuk sampai puncak..di puncak, kita dapat tengok karpet putih, iaitu kabus pagi yang menyeliputi kawasan sekitar...kalau pnjt lwt, kabus dah takde laaa....







Bukit D.O

Bukit ni lebih tnggi dari bukit desa damai, dan pendakian agak chalenging sbb kena lalui denai2 dan agak pacak di sesetengah kawasan. Pendakian memakan masa kira2 45 minit bagi slow speed...oleh kerana melalui kawasan hutan, kena hati2 sbb banyk akar2 pokok dan haiwan berbisa seperti ular...view di atas , kita boleh nmpak bandar bentong dari puncak..dah sekiranya naik diwaktu pagi, kita boleh nmpk sunrise di celah2 banjaran titiwangsa dan sunset diwaktu senja.

kami turun setelah menghabihkan masa kira2 15 minit untuk bergambar bagi mengabadikan kenangan dipuncak...jln turun lebih landai sbb jln turun dan naik adalah berbeza...

tepat pukul 12 tngh hari, dlm perjalanan balik, kami singgah di kedai makan paling glamer di bentong, Lemang To' Ki....1 set lemang dan rendang berharga Rm5.50 cukup untuk kembalikan tenaga kami mendaki hari ni...





Sunday, August 16, 2020

kegilaan baru..... aktiviti bebasikal

 pandemik covid19 betul-betul mengubah cara hidup kita. kini pemakaian mask boleh dianggap sesuatu yang wajib dan ketidakpatuhan terhadap norma baharu ini boleh menyebabkan kita di kompaun dalam sesetengah keadaan.

tapi hr ni, aku bukan nak cerita tentang penyakit yang belum ada vaksin secara rasmi, tetapi tentang kegilaan baru masyarakat malaysia sejak kelonggaran diberi setelah tamat tempoh pkp dan pkpb pada bulan jun 2020 yang lalu.

secara tiba2, aktiviti berbasikal kini menjadi trending....jika dahulu  ketika aku berkayuh santai, mungkin berselisih dengan 2 atau 3 org yang hobi berbasikal..tapi kini agak ramai. tak kira sama ada kayuhan berkumpulan atau solo, minat berbasikal semakin mendapat tempat dihati rakyat malaysia termasuk daerah keil seperti di raub ni.

pada aku, ini adalah satu perkara yang sihat...hanya aku bimbang ini hanya kegilaan bermusim...apatah lagi ketika ini artis-artis tekenal tanah air turut sama berbasikal dan memasukkan aktiviti riadah ini dalam medsos mereka... janna nick, nabila razali, zizan razak, hairul azreen, hawa rizwana, shahnaz ahmad, datok'ct nurhaliza seringkali upload kegiatan berbasikal mereka di medsos. ini sedikit sebanyak menarik minat peminat2 mereka untuk turut sama berbasikal...tetapi, dalam mengikut trend ini, jangan pula kita berlebih-lebihan dalam membeli basikal seperti golongan artis yang pastinya berduit ni....beli sekadar ikut kemampuan dan keperluan sahaja....jika wheelset basikal sahaja dah mencecah rm25000 seperti dato' ct, kita cukuplah sekadar pakai yang standard "kilang" shj, lainlah jika memang anda seorg hartawan juga.

aku masih selesa mengayuh basikal aku yang berharga kurang rm1000 ini, dan basikal yang aku beli sejak tahun 2018 ni masih dalam kondisi yang baik dan tak pernah rosak, kecuali tayar je pernah pancit. jgn la kita terlalu mengikut trend berbasikal, tetapi jika  dah habis musim berbasikal nanti, basikal hanya akan jadi tukun di rumah...atau selepas musim akan banyak jualan lambak basikal-basikal 2nd hand...dgn alasan dah pencen mengayuh!

bagi aku, tak ada istilah pencen mengayuh....jualan pencen hanya jika aku ditimpa kecederaan dan doktor menasihatkan tak boleh berbasikal, barulah betul2 pencen...setakat musim basikal habis dan golongan artis beralih ke hobi lain, bukan pencen namanye...itu cuma berbasikal ikut-ikutan...tapi aku rasa detik tu akan tiba, bersedialah utk tengok jualan lambak basikal terpakai 2-3  bulan dari skrg hehe...