Tuesday, April 30, 2019

Melaka...abam beca berhias..

Pada 26-28 april 2019 lps, Mr JJ berkesempatan berkunjung ke negeri paling bersejarah,melaka... Family trip ni disertai kesemua ahli keluarga aku yg kecil ni, muatlah utk menginap di homestay the wave resident apartment..ni jgk adalah prmintaan mak yg nk sngt brjln di melaka...

Tmpt wajib..a famosa

Namun ape yg nk aku highlight disini bknlah tmpt2 menarik yg ada kat situ, tp ttg 1 aktiviti yg melibatkan kayuhan...iaitu beca... dahuu, beca digunakan sbagai alat pengangkutan, macam teksi, bas dan sebagainya..tapi skrg beca hanya digunakan untuk tujuan tarikan pelancong sahaja.
Berlakon dgn Beca yg disewa..

Oleh kerana kami pegi bknlah pd musim cuti sekolah tp cuti hjg mggu biasa je, bilangan pelancong xlh sepadat peak season tu...

So, aku brkesempatan menaiki beca yg brhias cntik ala2 hello kitty.. Cas byrn bg 1 beca rm25 shj dan kita dibawa dari a famosa ke stadthuys..dlm kira2 stngh km.

Gmbr yg diambil oleh abam beca

Aku smpt tnya kt abg beca tu,sehari berapa boleh dpt klo hjg mggu biasa? Dia jwb bolehla dpt dlm rm200 lbh..tp klo peak season mmg lg bnyk tp ramai yg x lrt nk kayuh...ada jgk kes smpai pngayuh beca meninggal dunia sbb trlalu letih,terutama yg agak berumur.. Jadi doktor dh nasihatkn agar jgn terlalu mengejar trip, berkayuh skdr trmampu shj.
Pelbagai hiasan pada beca

Aku salute pd pengayuh beca, mereka sngt ramah dan sggup jd kameraman bg memuaskn hati pelancong... Lutut dan peha sakit stlh balik dr mncari rezeki dh lali bg mereka...smga beca di melaka terus kekal dan tak hilang ditelan zaman...

Hello kitty pun ok...



Sunday, April 21, 2019

Jom kayuh panjat bukit masjid raub!!

Sebenarnya,Mr JJ jrg kayuh waktu pg. Tapi tiba2 pg ni terasa nk kayuh skjp sbb tngok hari pun redup je..tu pun jam dh 10pg...

So aku set nk kayuh skjp je,dpt 10km pun jadilah..and target utama adalah untuk memanjat bukit masjid sultan abu bakar,masjid baru raub... Bg otai2 basikal, bukit masjid ni senyum je pnjt, tp bg beginner mcm aku, keras jgk la peha nk smpai ke atas tu... Jarak mendaki ni xdelh jauh sngt, dlm 300m ++ je, tp yg bg mncabar dia punya kecerunan tu...

Jom memanjat

Pintu pagar masjid baru raub

Rest kejap otot2 sblm smbung ride

So,pagi ni dapat jgk kayuh dlm 15km...jadilah untuk buat pecah peluh pagi2...lg pun motto aku kan "jarak bukan ukuran,yg pnting konsisten"... Tp gps strava ni ada masa xdpt line,so x dpt accurate jrk dia,detect 12km++..dan masa mendaki pun xdetect..kalau x boleh jgk jd rekod pribadi utk dipecahkn di masa2 akn dtg.

Gps strava yg x accurate sngt


Monday, April 15, 2019

berlari pulak..patin run 2019

PATIN RUN 2019

kali ni Mr JJ nak tukar topik, tak berkaitan dgn kayuhan tapi larian pulak...
pada 14/4/2019, aku berkesempatan menyertai acara patin run 2019, fun run....itupun sebagai pengganti kpd adik aku yg dah daftar tp x dpt menyertai sbb kena pegi kursus...


utk makluman, fun run dgn aku bukanlah benda pelik...utk tahun lps shj ada 4 fun run yg aku sertai, semua berjarak 5km anjuran berbagai pihak.... cuma untuk tahun ni, ini adalah kali pertama aku sertai di bandar kelahiran aku sendiri di mentakab.

aktiviti fun run ni agak menyeronokkan sbb kita bukan berlumba, tapi sekadar untuk lari santai2..tp aku meletakkan target yang tinggi bagi diri sendiri, iaitu mesti menamatkan larian tanpa berjalan dan mesti tak melebihi 40 minit untuk jarak 5km...purata dibawah 8minit bagi setiap kilometer(pace).tak laju pun, ala jogging2 manje je pace ni.aku akan cuba elakkan berjalan sbb kalo stkt nk brjln lenggang kangkung,baik berjln dkt pekan sehari temerloh je...
Antara training yg aku buat

so, seminggu dua sblum patin run ni, aku turun buat latihan sendiri,3 kali seminggu dengan jarak 3 atau 4 kilometer setiap sesi....ini bagi mengelakkan pancit pada hari kejadian sebenar...ini juga bagi membiasakan diri dgn target masa yang aku sebut tadi....

hari yg ditunggu dah pun tiba, kul 7 pagi aku dah terpacul kat starting point, dataran starmall mentakab...larian start pukul 7.30am
Pukul 7pagi.glp lg wktu ni..

aktiviti biasa sebelum larian, ada zumba dgn aerobik dlm 20minit..tp aku biasanya tak ikut pun, aku cuma buat streching sendiri jer...aku mmg x pandai berzumba bagai ni...yg peserta pompuan aku tngok semangat betul diorg ikut coach zumba tu, manakala peserta lelaki setakat goyang sikit2 je...
Zumba time

Start point,aku mula dari tepi sbb dh padat

Aku suka starting berlari di kelompok dpn.ni bagi mengelakkan dari terperangkap dlm 'trafik' geng2 yg berjln..pernah tahun lps aku start kt kelompok belakang ms fit malaysia fun run di bentong,dkt nk 100m xleh nk berlari lg sbb terperangkap.peserta dh la ramai,dkt 2000 org.pastu plk,baru nk start berlari tetiba plk org didpn aku berenti berlari mengejut,nasib aku smpt elak.. So utk patin run ni,aku tengok bawah gerbang starting point tu dh penuh,jd aku decide utk mulakn larian dari belah tepi,jnji xde halangan utk berlari...

aku berjaya tamatkan larian dgn pace yg agak baik..6 minit 37saat perkilometer dgn masa 33minit 44 saat bagi jarak 5.1km...jauh baik dari sasaran yg aku ltk sendiri tadi...tp jgn plk bndingkan dgn geng2 hardcore lari,mmg kena gelak je la pace ni..diorg biasa buat dlm 4minit per km..

medal yang cantik, bentuk ikan patin...

seperti biasa, aku bukan golongan bertuah dlm lucky draw hahaha..lagipun hadiah2 yg disediakn pun kureng menarik...

 Ada jgk kaunter pendaftaran bg osteoporosis run pd 15/6/2019 kat stadium temerloh.Tp xtau nk join ke tak sbb lmbt lg..takut clash dgn prog lain plk..

Next event???wait n see..

Wednesday, April 10, 2019

folding mtb...basikal pertamaku


Hari ni Mr JJ nk cite ttg basikal pertama.. Sebuah folding mtb bike saiz 26"... Mtb ni murah je sbb beli direct dari china guna ezbuy..harga x sampai rm300 termasuk kos shipping... So dgn hrga tu korang jgnlh hrp yg mtb ni power sngt mcm brand HUMMER... Beli pun dh 3 thn rasanye..masa mula2 terjebak hobi basikal ni.


Hitam menawan


 Ape yg bestnya mtb ni boleh lipat 2..dh nama pun folding/foldable xkan boleh gulung plk kan.. Klo dh lipat,bntuk dia jd mcm ni...boleh muat letak kat seat blkg myvi tnpa perlu lipat kerusi. So senang nk punggah bwk gi mana2...

Kecik je kan stlh dilipat

 Kat bwh ni dia punya engsel dan kunci untuk buka dan lipat mtb ni..pastikan screw kunci ni ketat supaya mtb kite x 'terpeleot' masa ride..
Mtb ada engsel?

Spnjg guna mtb ni, dh merasa 2 kali join funride..mtb ni agak berat sbb body bkn alloy apatah lg carbon, tp besi stainless steel shj..mgkin dlm 20+kg lbh.. Shifter dgn derailler pon jenama chokia china mari aje. Klo masuk jamboree mmg jauh banget la kena tinggal...tp mmg sesuai untuk ride santai2 waktu ptg..

Folding mtb ni masih lg elok,cuma Mr JJ dh jrg guna sjk ada roadbike..tp xdelh biar tersadai..skrg dh diperturunkan kpd ank yg sulung plk guna utk main ptg2 dgn kekawan dia..

Monday, April 8, 2019

sebenarnya, ada je tmpt menarik yg boleh kita abadikan kenangan bila berkayuh ni... macam kat raub ni, antara bangunan bersejarah dan antara yg tertua di raub ni ialah balai polis raub yang telah dibina pada tahun 1906... di lokap balai polis lama ni jgk pernah "didiami" oleh mona fandey semasa ditahan untuk kes pembunuhan berprofil tinggi satu tika dulu... sekarang ni dah jadi salah satu bangunan warisan di sini dan kalau nak masuk buat lawatan, kena buat surat rasmi dan dapat kebenaran bertulis dari pihak balai polis raub dulu baru boleh masuk.


balai polis raub dolu-dolu...mmg ada bentuk mcm balai polis bkt kepong, style bangunan dulu-dulu.

satu lagi, bangunan yg agak menarik perhatian aku ialah bangunan rest house raub ni...ada ala-ala rekabentuk kolonial...tak taulah skrg ni nampak mcm dah tutup jer....setau aku, kalau ada kerabat diraja pahang dtg raub, mereka akan singgah sini sbb raub ni takde istana hinggap utk berehat...


cantik dan tersergam indah atas bukit berhampiran dtrn raub.

Jika k.lumpur popular dgn bangunan tg abd samad yg berhadapan dtrn merdeka,raub juga x kurang hebatnya dgn bangunan majlis daerah raub yg berhadapan dtrn raub..cuma bangunan ni xde menara jam la.bangunan ni dulu asalnya mahkamah sblm mahkamah dipindahkan ke bangunan baru,dan bangunan antik ini diambil alih oleh pihak MDR.
Dihadapan MDR

ada banyak lagi tmpt lain yg akan aku post pada masa lain plk...cukuplah coretan kayuhan Mr JJ untuk hari ini..
"jarak bukan ukuran, janji konsisten"..

Sunday, April 7, 2019

bagi aku, daerah raub ni banyak route yang boleh layan kayuh...oleh sebab raub ni daerah berbukit, pasti kayuhan agak mencabar sbb bnyk jln kena mendaki sikit... laluan paling glamour kat sini antaranya bandar raub-sempalit-uitm raub, raub-felda krau, raub-bilut-bentong, pusing2 bandar raub dan bagi yg hardcore ialah laluan bertaraf hors ,raub-bukit fraser.

bagi aku yang beginner ni, laluan paling aku suka ialah raub-sempalit-uitm raub, sbb kurang berbukit dan kurang kenderaan lalu...mmg laluan ni agak popular, ptg2 boleh tengok pengayuh berbasikal berkumpulan lalu kawasan ni....
Ni kat dpn pak guard uitm raub...
Laluan yg kurang kenderaan dan datar jd pilihan Mr JJ...

Wednesday, April 3, 2019

kayuh...sebut kayuh mesti x dpt lari dari berbasikal...suatu aktiviti riadah yg mudah, murah dan amat bermanfaat pada tubuh badan....

fyi, aku bukanlah pegayuh basikal profesional, juga bukan pengayuh tegar, juga bukan specialist dalam berbasikal... aku cuma berbasikal untuk mengisi masa terluang, disamping untuk jaga kesihatan especially berat badan... motto aku dlm berbasikal, "JARAK BUKAN UKURAN, YANG PENTING  KONSISTEN"....

So dlm blog ni akan aku kongsi aktiviti brbasikal aku yang tak seberapa ni....sekadar utk jadi kenangan dan mungkin jgk untuk trigger rakan-rakan lain untuk turut sama berbasikal bagi menjaga kesihatan....
Mr.JJ selfie sekali

ni plak basikal yg aku guna..murah2 je.. X sampai rm seribu pun harga.. Yg penting boleh kayuh...basikal trinx tempo 1.0 ni aku beli pada nov. 2018...
My 'kuda' tunggangan.