Monday, April 8, 2019

sebenarnya, ada je tmpt menarik yg boleh kita abadikan kenangan bila berkayuh ni... macam kat raub ni, antara bangunan bersejarah dan antara yg tertua di raub ni ialah balai polis raub yang telah dibina pada tahun 1906... di lokap balai polis lama ni jgk pernah "didiami" oleh mona fandey semasa ditahan untuk kes pembunuhan berprofil tinggi satu tika dulu... sekarang ni dah jadi salah satu bangunan warisan di sini dan kalau nak masuk buat lawatan, kena buat surat rasmi dan dapat kebenaran bertulis dari pihak balai polis raub dulu baru boleh masuk.


balai polis raub dolu-dolu...mmg ada bentuk mcm balai polis bkt kepong, style bangunan dulu-dulu.

satu lagi, bangunan yg agak menarik perhatian aku ialah bangunan rest house raub ni...ada ala-ala rekabentuk kolonial...tak taulah skrg ni nampak mcm dah tutup jer....setau aku, kalau ada kerabat diraja pahang dtg raub, mereka akan singgah sini sbb raub ni takde istana hinggap utk berehat...


cantik dan tersergam indah atas bukit berhampiran dtrn raub.

Jika k.lumpur popular dgn bangunan tg abd samad yg berhadapan dtrn merdeka,raub juga x kurang hebatnya dgn bangunan majlis daerah raub yg berhadapan dtrn raub..cuma bangunan ni xde menara jam la.bangunan ni dulu asalnya mahkamah sblm mahkamah dipindahkan ke bangunan baru,dan bangunan antik ini diambil alih oleh pihak MDR.
Dihadapan MDR

ada banyak lagi tmpt lain yg akan aku post pada masa lain plk...cukuplah coretan kayuhan Mr JJ untuk hari ini..
"jarak bukan ukuran, janji konsisten"..

No comments:

Post a Comment