Monday, April 15, 2019

berlari pulak..patin run 2019

PATIN RUN 2019

kali ni Mr JJ nak tukar topik, tak berkaitan dgn kayuhan tapi larian pulak...
pada 14/4/2019, aku berkesempatan menyertai acara patin run 2019, fun run....itupun sebagai pengganti kpd adik aku yg dah daftar tp x dpt menyertai sbb kena pegi kursus...


utk makluman, fun run dgn aku bukanlah benda pelik...utk tahun lps shj ada 4 fun run yg aku sertai, semua berjarak 5km anjuran berbagai pihak.... cuma untuk tahun ni, ini adalah kali pertama aku sertai di bandar kelahiran aku sendiri di mentakab.

aktiviti fun run ni agak menyeronokkan sbb kita bukan berlumba, tapi sekadar untuk lari santai2..tp aku meletakkan target yang tinggi bagi diri sendiri, iaitu mesti menamatkan larian tanpa berjalan dan mesti tak melebihi 40 minit untuk jarak 5km...purata dibawah 8minit bagi setiap kilometer(pace).tak laju pun, ala jogging2 manje je pace ni.aku akan cuba elakkan berjalan sbb kalo stkt nk brjln lenggang kangkung,baik berjln dkt pekan sehari temerloh je...
Antara training yg aku buat

so, seminggu dua sblum patin run ni, aku turun buat latihan sendiri,3 kali seminggu dengan jarak 3 atau 4 kilometer setiap sesi....ini bagi mengelakkan pancit pada hari kejadian sebenar...ini juga bagi membiasakan diri dgn target masa yang aku sebut tadi....

hari yg ditunggu dah pun tiba, kul 7 pagi aku dah terpacul kat starting point, dataran starmall mentakab...larian start pukul 7.30am
Pukul 7pagi.glp lg wktu ni..

aktiviti biasa sebelum larian, ada zumba dgn aerobik dlm 20minit..tp aku biasanya tak ikut pun, aku cuma buat streching sendiri jer...aku mmg x pandai berzumba bagai ni...yg peserta pompuan aku tngok semangat betul diorg ikut coach zumba tu, manakala peserta lelaki setakat goyang sikit2 je...
Zumba time

Start point,aku mula dari tepi sbb dh padat

Aku suka starting berlari di kelompok dpn.ni bagi mengelakkan dari terperangkap dlm 'trafik' geng2 yg berjln..pernah tahun lps aku start kt kelompok belakang ms fit malaysia fun run di bentong,dkt nk 100m xleh nk berlari lg sbb terperangkap.peserta dh la ramai,dkt 2000 org.pastu plk,baru nk start berlari tetiba plk org didpn aku berenti berlari mengejut,nasib aku smpt elak.. So utk patin run ni,aku tengok bawah gerbang starting point tu dh penuh,jd aku decide utk mulakn larian dari belah tepi,jnji xde halangan utk berlari...

aku berjaya tamatkan larian dgn pace yg agak baik..6 minit 37saat perkilometer dgn masa 33minit 44 saat bagi jarak 5.1km...jauh baik dari sasaran yg aku ltk sendiri tadi...tp jgn plk bndingkan dgn geng2 hardcore lari,mmg kena gelak je la pace ni..diorg biasa buat dlm 4minit per km..

medal yang cantik, bentuk ikan patin...

seperti biasa, aku bukan golongan bertuah dlm lucky draw hahaha..lagipun hadiah2 yg disediakn pun kureng menarik...

 Ada jgk kaunter pendaftaran bg osteoporosis run pd 15/6/2019 kat stadium temerloh.Tp xtau nk join ke tak sbb lmbt lg..takut clash dgn prog lain plk..

Next event???wait n see..

No comments:

Post a Comment